.........................................
Duduk satu rumah dengan kawan baik memang idea yang bagus.
Kalu ada apa-apa bantuan diperlukan Insya-Allah no hal punya diorang bole tolong.
Lagi-lagi kalu kawan tu memang satu kepala dari azali ke bali.
Aku ada ramai kawan atau sahabat yang bertukar silih berganti dari tadika ke puncak gading.
Semuanya aku hargai.Kawan atau sahabat tak suka bawak masalah pada aku.
Cuma kadang-kadang jer masalah tu datang kat diorang dan terpalit kat aku sekali.
Karena mengenang jasa dan masa yang pernah diluangkan pada aku andainya dianggap sebagai
sahabat jugak oleh diorang,pasti aku akan cuba tolong kesatkan atau paling mudah faham
''setelkan'' sekali.
Sahabat aku memang bagus.
Sepakat dalam membuat program,itupun sekiranya tak membuang masa aku.
Sahabat aku memang banyak berkongsi minat dan bukanlah minat kaum sejenis pulak.
Bagus sungguh kalu aku ada sahabat macam tu selalu.
Aku tetap kenang budi baik diorang walaupun baru kenal macam enchik Buddhi melalui facebook
ini.Makan minum pon tak lokek.Megi sepaket bole dikongsi empat,"no hal la", kata diorang.Tapi
megi tak la elok di makan selalu kecuali dikala bulan dah dihujung dan "poket berhabuk sudah!",bak kata Stacy AF6.
Tapi memang bagus ada kawan atau sahabat semurni itu.
Bila dah sampai masa keramat untuk ke medan perlombongan nafkah zahir tu aku selalu harap
adala sahabat lama atau baru yang akan tolong tatih-tatihkan kaki aku yang masih lemah ni.
Moga dengan keberkatan sahabat aku tu,hidup semua insan bernama ummat Nabi ni lebih cemerlang,gemilang
dan terbilang seperti perikata "Sepukat Ikan Tidaklah Habis Dimakan Seorang".
Adalah itu hanya perikata hati aku yang terlintas tadi.
Jadi pada semua kawan atau sahabat aku.
TERIMA KASIH
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment